Sunday, September 6, 2009

Buku Kalam untuk Prasekolah & Tadika

Set kalam mengandungi 3 buah buku iaitu kalam 1, kalam 2 dan kalam 3. Size buku 7 x 10 inchi , 2 warna

KALAM adalah kaeadah tradisi yang disusun semula dengan lebih sistematik, Dalam KALAM dua kaedah asas diambil kira.
1. Kaedah secara tradisi seperti mengenalkan dan menyebut huruf atau kadangkala disebut kaedah membatang.
2. Kaedah sebutan seperti IQRA, mengeja dan menyebut sukukata. Faedahnya pelajar cepat membaca dan dapat membaca secara cepat.
Guru mesti menguasai kedua-dua kaedah dan jalinan kedua-dua kaedah penting bagi pengukuhan dalam aspek penulisan dan pembacaan .



Kalam 1 : Kuasai Abjad
Lagu ABC dan bongkah abjad ABC adalah menjadi asas utama dalam mengenalkan abjad dalam program ini. Kaedah pembacaanya adalah berpandukan pembacaan iqra dan abjad yang berulang-ulang supaya murid tidak melupakan abjad terdahulu yang di pelajari.

Proces mengenal diikuti dengan membentuk abjad. Teknik penulisan yang betul di perkenalkan agar tulisan murid baik, cepat dan kemas.

Selain daripada itu bahan seperti kad abjad dan kad surih abjad perlu disediakan dalam perlaksanaan program kuasai abjad

   





Kalam 2 : Awal Membaca
Program membaca dimulai dengan sukukata a hingga za. Murid perlu diajar mengeja kemudiaan menyebut dan setelah mereka mahir boleh lah digalakkan mereka menyebut sahaja sukukata.

Dalam KALAM 2 mengeja ,menyebut dan latihan hanya melibatkan 2 sukukata hasil gabungan konsanan dan huruf vokal ( KV ) . Di ikuti  mencantum dan menyebut perkatan dua sukukata KV+KV dan disudahi dengan membaca ayat-ayat mudah yang hanya melibatkan perkataan sukukata terbuka.

Siri kad perkataan perlu disediakan agar murid dapat meneruskan aktiviti pembacaan perkataan.










Kalam 3 : Mudah Membaca

Program membaca diteruskan dengan mengenal perkataan-perkataan yang melibatkan sukukata tertutup. Dalam kalam 3 mengeja ,menyebut dan latihan melibatkan perkataan KV+KVK dan KVK+KV. Di peringkat ini latihan pemahaman juga di serapkan untuk menilai pemahaman murid.


Akhirnya Kad-kad bacaan mudah dan cerita-cerita pendek boleh disediakan untuk menyemai minat murid membaca.






Bongkah Abjad sebagai alat bantu mengajar yang dibekalkan


Harga dipasaran


RM 20 bagi satu set yang mengandungi 3 buah buku & bongkah abjad yang diberikan secara percuma

Bayaran Pos
RM 2.00/set ( Semenanjung )
RM 4.50/set ( Sabah & Sarawak )

Bayaran boleh dilakukan secara

a) Cash & Bank In ( Maybank akaun batu belang resources )
b) LO

Contact

Desa Mutiara Salak Tinggi Sepang Selangor
Tel No : 012-6950924, 012-2785749
E-mail : batubelang@gmail.com atau batu_belang@yahoo.com

Ajent-Ajent Buku Kalam

Johor :
Cg Zainal SK Taman Perling

N.Sembilan  :
Cg Nor Azlina SK Taman Semarak

Monday, August 17, 2009

Alat Bantu Mengajar Kalam

Disini Ditunjukkan Alat Bantu Mengajar Yang Akan Dibuat Semasa Bengkel KALAM.

1. Susunan Abjad Secara Rawak


2. Kad Abjad tunggal dan 2 sukukata



3. Kad Abjad gabungan



4. Dadu Abjad



5. Kad Bunga Abjad



6. Kad Surih




Bahan yang akan digunakan untuk pembuatan alat bantu mengajar

TIKAR GETAH SERBAGUNA
Size : 44 x 60 inchi ( lebih kurang 5x6 kaki ), Tebal 2mm.
Kandungan : 1set ada 4 keping
Warna : Merah, Biru, Kuning, Hijau ( warna lain boleh dibekalkan )
Harga : RM200/set, Harga Promosi semasa bengkel Kalam RM150/set

Bengkel Kalam

Pihak Syarikat telah mengadakan Bengkel Kalam dari semasa ke semasa untuk meningkatkan kefahaman tentang penggunaan buku kalam di kalangan guru-guru prasekolah, tahun1, KIA2M, Pemulihan ,tadika swasta dan ibu bapa.

Bengkel yang dianjurkan kebiasaanya 1-2 hari untuk guru-guru dan 1/2 hari untuk ibu bapa. kandungan bengkel dimulakan dengan dengan memberi penerangan ,kefahaman dan teknik pengunaan buku kalam 1 hingga 3 dan disusuli dengan membuat alat bantu mengajar.

Bengkel-Bengkel yang telah dijalankan untuk guru-guru

1. Anjuran PPD Sepang

2. Anjuran PPD Petaling

3. Anjuran PPD Sabak Bernam

4. Anjuran PPD Hulu Langat

5. Anjuran PPD Kuala Langat

6. Anjuran PPD Kuala Selangor

7. Anjuran PPD Klang

8. Anjuran PPD Gombak

9. Anjuran PPD Kuantan

10. Anjuran PPD Segamat

11. Anjuran JPN Selangor untuk peningkatan KIA

Untuk Ibu bapa

1. Anjuran SK Taman Semarak Nilai

2. Anjuran SK Johor Jaya 2 Johor


Bengkel untuk Ibu Bapa di SK Taman Semarak Nilai